Pihak Quadraw Sdn Bhd menyediakan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk turut serta menjual produk Virile for Men. Melalui konsep 'dropship', Urusan penghantaran kepada pembeli adalah menjadi tanggungjawab pihak Syarikat (Quadraw Sdn Bhd), manakala ahli yang menyertai program ini (agen) bertindak didalam urusan promosi dan penjualan produk kepada pembeli. Pihak agent idak perlu menyimpan sebarang stok kerana urusan penghantaran akan diuruskan oleh Syarikat.
Dengan menyertai program ini, setiap agent akan diberikan sebuah laman web (seperti laman web http://www.virile4men.net/ ) yang mengandungi maklumat produk dan maklumat penjual (agent) seperti nama, no telefon dan akaun bank agen untuk tujuan pembayaran oleh pembeli. Agen akan menerima email setiap kali pelawat membuat pembelian dilaman web mereka. Pembayaran oleh pihak pembeli akan terus dimasukkan ke akaun agen. Pihak agen perlu membuat pembayaran kepada syarikat (Quadraw Sdn Bhd) sebelum pesanan yang dilakukan oleh pembeli dihantar kepada mereka oleh pihak Quadraw.
Pihak syarikat akan menjual produk Virile for Men kepada agen pada harga yang telah ditetapkan(harga agen). Pihak agen perlu menjual produk tersebut pada harga minima yang ditetapkan atau pada harga yang lebih tinggi mengikut kadar yang dikehendaki oleh agen. Agen tidak dibenarkan menjual produk Virile for Men pada harga yang lebih rendah dari harga minima yang ditetapkan. Penjualan produk pada harga minima membolehkan pihak agen mendapatkan keuntungan bersih diantara 20% - 25%.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :- Mereka yang berminat didalam program ini perlu mendaftar sebagai agent dan yuran sebanyak RM100.00 setahun akan dikenakan.Yuran ini meliputi kos sewaan server dan pembangunan laman web untuk agen. Agent akan diberikan subdomain secara percuma. Sekiranya agent inginkan sebuah laman web dengan domain sendiri, bayaran tambahan sebanyak RM50.00 setahun akan dikenakan.
- Agen tidak perlu menyimpan sebarang stok, dengan itu agen tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk mendapatkan simpanan stok. Agen hanya perlu membayar kepada syarikat apabila sesuatu penghantaran produk perlu dihantar kepada pembeli.
- Setiap kali menerima pesanan pembelian oleh pembeli, agen perlu membuat pembayaran dan pembelian kepada Syarikat (Quadraw Sdn Bhd) terlebih dahulu, sebelum pihak syarikat menguruskan penghantaran produk kepada pembeli.
- Setiap penghantaran produk akan dibuat menggunakan nama agen dan bukannya syarikat. Dengan itu, pihak pembeli hanya berurusan dengan pihak agen dan bukannya syarikat.
- Agen tidak dibenarkan mendapatkan produk Virile for Men dari mana-mana pengedar lain. Sekiranya agen didapati melakukan kesalahan ini, keahlian mereka akan dibatalkan oleh syarikat dan laman web mereka akan turut dibatalkan.
- Untuk penghantaran didalam Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), pihak syarikat akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran. Untuk penghantaran diluar Malaysia, pihak agen perlu menanggung sepenuhnya kos penghantaran tersebut.
KELEBIHAN SISTEM DROPSHIP- Tiada modal besar diperlukan untuk menyimpan stok. Penghantaran produk kepada pembeli akan diuruskan oleh pihak syarikat sebaik sahaja menerima bayaran dari pihak agen.
- Pihak agen hanya mengfokuskan usaha kepada menjual produk. Urusan penghantaran akan diuruskan oleh Syarikat
- Penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak Syarikat diatas nama agen. Tiada nama syarikat dipaparkan semasa penghantaran produk.
- Keuntungan sehingga 20% dari harga minima yang ditawarkan syarikat. Agen berhak menjual pada harga yang lebih tinggi dari harga minima yang disyaratkan oleh syarikat.
BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM DROPSHIP ?Hubungi kami di \n
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk maklumat lanjut
|